Khamis, 15 Ogos 2013

Hak-hak Orang Asli

Orang Asli: 'Kembalikan hak kami dan bukan pampasan'


     Orang Asli atau orang asal sudah berani bersuara tentang hak-hak mereka. Mereka menuntut supaya hak-hak tanah tradisi dan adat  yang mereka duduki sejak turun-temurun diktiraf,dilindungi. Tanah-tanah adat itu hendaklah  digazetkan sebagai hak orang asal. Hak  yang tidak boleh dicabuli dan dilupuskan dari segi undangh-undang. Tanah milik Orang Asli untuk selamanya.
   Mereka ingin berkembang selaras dengan pembangunan negara.Jika orang lain kaya raya mengapa pula orang asal dipinggirkan untuk berladang dan menikmati kemakmuran di atas tanah yang mereka telah dan sedang duduki sejak turun-temurun.
      Jelas telah timbul kesedaran di kalangan mereka. Contoh ada kes di mana orang Asli menang perbicaraan atas tanah mereka yang dirampas. Implikasinya mereka  dibayar  pampasan oleh PLUS kerana mengambil tanah penempatan  orang Asli begitu sahaja. Ini berlaku  semasa pembinaan Projek  Lebuhraya Utara Selatan atas alasan tanah itu hak milik kerajaan.
     Video di bawah meluahkan pemikiran dan tuntutan orang Asli.Mereka   mulai sedar kesan modernisasi ke atas hak dan masa depan mereka.Orang Asli  semakin terasak  akibat pembangunan. Ironisnya masyarakat moden seperti Melayu P.Pinang petempatan mereka terus luput dan tenggelam tanpa pembelaan. Mereka adalah penduduk asal P.Pinang.




Isnin, 15 Julai 2013

HAK ASASI DI PATANI DAN HORMATI KEADILAN



Hak Asasi Manusia (HAM) pada hakikatnya harus terwujud semenjak dari kita lahir. Dengan adanya HAM, manusia tidak boleh membeza-bezakan status, golongan, keturunan, jabatan, dan sebagainya. Inilah layaknya kehidupan rakyat Patani, Tapi apakah rakyat Patani dapat menikmati hak-hak ini? Malah mereka bukan sahaja tidak mendapat hak-hak mereka bahkan mereka di perlakukan dengan kejam oleh pemerintah Thailand.
1. Hak untuk hidup, hak untuk memperoleh pendidikan,

2. hak untuk hidup bersama-sama seperti orang lain,

3. hak untuk mendapatkan perlakuan yang sama,

4. hak untuk mendapatkan pekerjaan.

Inilah hak yang seharusnya mereka kecapi setelah mereka dilahirkan. Bagi rakyat biasa, mereka hanya menganggap ini hanya mimpi dan berharap suatu hari mereka akan menikmati kebebasan ini tapi bukan di dunia, yaitu di Syurga impian.

Diriwayat oleh Sayyidina Ali : Taatilah hak-hak Allah dan hak-hak orang lain dan ajaklah keluarga dan teman-temanmuserta rakyat-rakyatmu untuk melakukan hal yang sama. Dan bila yang terjadi sebaliknya, maka kau sudah berbuat zalim, pada dirimu sendiri juga pada kemanusiaan. Pada saat itu,bukan hanya manusia, tapi juga Allah akan menjadi musuhmu. Siapa yang bagi Allah menjadi musuh, maka dia akan jatuh. Sampai akhirnya ia merasakan dosanya begitu dalam dan memohon dengan sangat ampunan dari-Nya.

Tidak ada yang boleh mengubah nikmat Allah dan mempercepat azab-Nya selain tidakan zalim. Sungguh Allah mendengar doa orang-orang yang terzalimi dan Dia maha Mengawasi orang-orang yang berbuat zalim.

Mengikut pandangan mata saya, inilah apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang di Patani. Demi sebuah arti yang digelar ‘kebebasan’ ini mereka rela mengorbankan harta dan nyawa. Walaupun nama-nama beliau tidak tercatat dimata dunia, walaupun nama mereka tidak disebut-sebut, dan walaupun kubur mereka tidak kelihatan tapi segala budi dan pengabdiannya pada agama itu disanjung oleh Allah dan mereka di tempatkan di tempat yang terhormat iaitu Syurga Firdaus yang abadi.


Wahai pejuang pembela agama! Demi Tuhan yang engkau imani, demi Nabi yang engkau muliakan, demi kitab suci yang di ikuti, demi rakyat yang engkau lindungi. Kami disini yakin! Yakin! Yakin! Dan seyakin-yakinnya bahawa perjuanganmu tidak akan sia-sia, tidak akan terputus dengan pemergianmu, kerana masih ramai pemuda yang menjerit kelaparan akan kebebasan yang sedang menyambung langkah-langkahmu sekarang ini.

Wahai penjajah sampah dunia! Dan atas nama Tuhan kau berlagak seperti Tuhan, kau runtuhkan azam pemuda kami, kau musnah fikiran kami, kau rogol anak gadis kami, kau bunuh abang kami, kau tangkap bapa kami. Dengan tegas kami berkata. Kau akan takut! Takut! Takut! Setakutnya kerana, para Pemuda Patani tumbuh sebelum patah, berganti sebelum hilang!!.




Sebuah lagu untuk umat Melayu Fathoni(PATANI)


Rabu, 10 Julai 2013

Hak Asasi Manusia Menurut Pandangan Islam

PENGENALAN
Hak asasi manusia merupakan satu tuntutan secara moral yang dipertanggungjawabkan, dan suatu hal yabg sewajarnya mendapat perlindungan hukum
Rasullah s.aw. Pernah bersabda “Sesungguhnya darahmu, hartamu dan kehormatanmu haram atas kamu." (HR. Bukhari dan Muslim).
Setiap negara berkewajiban menjamin perlindungan sosial bagi setiap individu tanpa ada perbezaan jantina, ataupun perbezaan agama.
Setiap negara juga menjamin tidak ada pelanggaran terhadap hak-hak ini dari sebarang pihak individu.
Allah s.w.t berfirman :"Yaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukannya di muka bumi, niscaya mereka menegakkan shalat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah perbuatan munkar. Dan kepada Allah-lah kembali semua urusan." (QS. 22: 4)

Islam juga mengajar kita tentang adab dan hak terhadap ibu bapa antaranya:
1. Mentaati kedua ibu bapa dalam semua hal kecuali perintah melakukan maksiat
2. Berbicara dengan keduanya dengan sopan dan lembut
3. Bangun menghormati keduanya apabila mereka dating
4. Mencium tangan keduanya setiap pagi dan petang
5. Memelihara nama,kehormatan danharta benda mereka
6. Memuliakan mereka dan memberikan apa yang di pinta
7. Berbingcang dengan mereka dalam segala pekerjaan dan urusan.
8. Memperbanyakkan doa dan memohon ampun untuk mereka.

Islam juga turut mengajar kita tentang abad dan hak jiran tetangga antaranya:
1.Tidak melakukan penganiayaan kepada mereka seperti mencuri harta mereka, membuang sampah di sekitar kawasan rumah mereka dan menghina oleh sebab kebodohan mereka dan banyak lagi.
2. Melindungi mereka dengan sikap sentiasa mengambil berat terhadap kesusahan mereka.
3. Membuat baik terhadap mereka seperti mengucapkan tahniah atas kejayaan mereka adapun kejayaan anak-anak mereka, mengucapkan takziah jika musibah melanda mereka, melawat mereka ketika sakit, menasihati kejalan yang benar dan lain-lain
4. Bersikap berlapang dada dengan mereka adapun mereka sering berlaku kasar terhdap kita.

Disamping itu, Islam turut mengajar umatnya untuk menjaga adab dan hak seorang teman dan sahabat yang telah disebutkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W antaranya:
1. Memberi salam
2. Menziarahi ketika dia sakit
3. Mendoakan ketika dia bersin
4. Sering menziarahi ke rumahnya bagi mengeratkan hubungan keranan Allah
5. Membantu ketika susah
6. Menerima undangannya

Antara lain yang turut diajar oleh islam ialah menjaga hak muslim terhadap saudaranya yang muslim antaranya:
1. Menutup aibnya meringankan kesusahannya
2. Membantu di dalam segala hal yang penting dan perlu
3. Memenuhi segala hajat
4. Menghapuskan duka nestapa
5. Membelanya ketika dianiaya
6. Menolongnya jika lemah
7. Meringankan beban hidupnya
8. Menghormati sahabat yang lebih tua
9. Kasihan terhadap yang kecil
10. Tidak menghinanya
11. Tidak menipu
12. Tidak dengki
13. Mengasihinya sebagaimana kita mengasihi diri sendiri.

Di antara prinsip-prinsip asas HAK menurut perspektif Islam adalah seperti berikut:
1 - HAK HIDUP
Melalui pengakuan Islam terdapat hak hidup ini, dapat dirumuskan dalam beberapa hukum:
2 - HAK KEBEBASAN
Kaedah yang patut dipatuhi dalam merialisasikan kebebasan. Dari perspektif barat, mereka tidak memiliki batas selain seseorang itu tidak melanggar kebebasan orang lain dan pemerintah barat melakukan berbagai perilaku bagi meluaskan hegemoni, invasi dan penjajahan. Bagi pemerintah islam mestilah membenarkan setiap orang untuk menganut sebarabg agama, mengamalkan adat resam, keluarga, makan minum dan sebagainya. Selagi tidak menggangu kepentingan umum. Dan Orang bukan islam berhak mendapat perlindungan tetapi mereka tidak boleh diberikan hak-hak kepimpinan yang berlebihan termasuk menjadi kettua Negara.
3 - HAK PERSAMAAN
- Kehadiran Islam tidak meletakkan manusia di atas persaamaan diatas dasar persamaan Allah.
- Martabat kemuliaan diukur berdasarkan amalan dan ketakwaan kepada Allah swt.
- Dalam islam, martabat tidak boleh diukur berdasarkan keturunan, bangsa, bahasa, warna kulit, tanah air, harta benda dan sebagainya
- 3 unsur menjadi kebanggaan manusia :-
Bangsa
Kekuasaan
Harta benda
- Tetapi 3 unsur tersebut tidak boleh dijadikan dasar untuk membeza-bezakan manusia dari segi keadilan, tanggungjawab dan pemberian hak.
-  Persamaan yang bercanggah dengann fitrah manusia adalah dilarang.
4 - HAK MENDAPAT KEADILAN
      Hak mendapatkan keadilan ini hendaklah meliputi seluruh aspek kehidupan dengan merentasi garis sempadan perkauman, agama dan budaya termasuk memelihara keadaan social, keadaan agihan kekayaan dan peluang ekonomi, kebebasan dalam berpolitik dan persatuan, hak dan kebebasan individu dan manoriti, hak beragama dan sebagainya.
5 - HAK MEMPERTAHANKAN KEBENARAN
- Hak mempertahankaN kebenaran ialah prinsip yang sangat fundamemtal dalam mempertahankan  
  maruah dan hak-hak kehidupan
- Apabila kebenaran direalisasikan dalam kehidupan makan hapuslah kebatilan dan kezaIiman.
- Umat Islam mestilah menjadikan nilai kebenaran sesuatu yang paling dicintai.
- Prinsip kebenaran merupakan tunggak yang menentukan keislaman seseorang, kerana kebenaran itusendiri cukup sinonim dengan islam ( kebenaranlah yang mesti menjadi asas dalam memand kehidupan seharian.
6 - HAK MILIK
- Islam mengakui hak pemilikan manusia terhadap harta bendanya yang dikurniakan oleh Allah swt.
- Hak pemilikan harta dianggap sebagai tuntutan fitrah untuk setiap manusia
- Namun hak ini dibatasi dengan hukum Allah, yakni halal dan haram
- Mengeksploiasi sumber alam, menjalankan perniagaan serta pemberian secara adil merupakan
- Manakala, pengumpulan harta benda dengan cara memakan riba, memakan harta anak yatim, menjalankan perniagaan dengan cara tipu daya, melakukan penindasan dan kezaliman keatas pihak yang lemah dan sebagainya merupakan cara pengumpulan harta secara haram yang mana adalah dilarang oleh Islam sesama sekali dan pastinya akan mendapat pembalasan buruk dari Allah swt

CABARAN MENDEPANI ISU HAK ASASI MANUSIA
Antara cabaran yang perlu ditangani bersama ialah:
      I. Bagaimana generasi baru melihat kepada isu hak asasi manusia. Langkah-langkah pendidikan hak asasi manusia mestilah diberikan kepada generasi muda supaya generasi pelapis ini sedar kepentingan memelihara hak asasi manusia, fahaman sejarah dan prinsip-prinsip HAM menurut pelbagai perspektif (Aizuddin,2002:125) 
     II. Usaha menerangkankepada masyarakat global mengenai keupayaan islam menangani isu hak asasi manusia di dalam masyarakat berbilang agama dan bangsa. 
    III. Aplikasi hak asasi manusia secara menyeluruh dan telus tanpa apa-apa kepentingan. Tribunal hak asasi manusia sepatutnya diwakili oleh wakil setiap bangsa dan agama. Pembelaan daripada segala bentuk pencerobohan hak asasi manusia sangat deperlukan.

RUMUSAN
Pandangan Islam terhadap hak asasi manusia berpaksikan peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Prisip Islam membawa rahmat kepada seluruh alam menjadi asas penafsiran hak asasi manusia. Hak asasi manusia dari sudut pandangan Islam dianggap sebagai matlamat syariat Islam yang menjamin dan memajukan syakhsiah manusia dalam aspek yang utama iaitu nyawa, keluarga ( keturunan ), akal, iman ( agama ), dan harta benda. Justeru, usaha berterusan terhadap pemeliharaan hak asasi manusia yang bersifat sejagat dan bersesuaian dengan fitrah kemanusiaan perlu terus dilakukan dan pencabulan hak asasi mest dibendung untuk tujuan keamanan hidup masyarakat dunia dan tempatan.