Khamis, 15 Ogos 2013

Hak-hak Orang Asli

Orang Asli: 'Kembalikan hak kami dan bukan pampasan'


     Orang Asli atau orang asal sudah berani bersuara tentang hak-hak mereka. Mereka menuntut supaya hak-hak tanah tradisi dan adat  yang mereka duduki sejak turun-temurun diktiraf,dilindungi. Tanah-tanah adat itu hendaklah  digazetkan sebagai hak orang asal. Hak  yang tidak boleh dicabuli dan dilupuskan dari segi undangh-undang. Tanah milik Orang Asli untuk selamanya.
   Mereka ingin berkembang selaras dengan pembangunan negara.Jika orang lain kaya raya mengapa pula orang asal dipinggirkan untuk berladang dan menikmati kemakmuran di atas tanah yang mereka telah dan sedang duduki sejak turun-temurun.
      Jelas telah timbul kesedaran di kalangan mereka. Contoh ada kes di mana orang Asli menang perbicaraan atas tanah mereka yang dirampas. Implikasinya mereka  dibayar  pampasan oleh PLUS kerana mengambil tanah penempatan  orang Asli begitu sahaja. Ini berlaku  semasa pembinaan Projek  Lebuhraya Utara Selatan atas alasan tanah itu hak milik kerajaan.
     Video di bawah meluahkan pemikiran dan tuntutan orang Asli.Mereka   mulai sedar kesan modernisasi ke atas hak dan masa depan mereka.Orang Asli  semakin terasak  akibat pembangunan. Ironisnya masyarakat moden seperti Melayu P.Pinang petempatan mereka terus luput dan tenggelam tanpa pembelaan. Mereka adalah penduduk asal P.Pinang.