Hak Asasi Manusia (HAM) pada hakikatnya harus terwujud
semenjak dari kita lahir. Dengan adanya HAM, manusia tidak boleh
membeza-bezakan status, golongan, keturunan, jabatan, dan sebagainya. Inilah
layaknya kehidupan rakyat Patani, Tapi apakah rakyat Patani dapat menikmati
hak-hak ini? Malah mereka bukan sahaja tidak mendapat hak-hak mereka bahkan
mereka di perlakukan dengan kejam oleh pemerintah Thailand.
1. Hak untuk hidup, hak untuk memperoleh pendidikan,
2. hak untuk hidup bersama-sama seperti orang lain,
3. hak untuk mendapatkan perlakuan yang sama,
4. hak untuk mendapatkan pekerjaan.
Inilah hak yang seharusnya mereka kecapi setelah mereka
dilahirkan. Bagi rakyat biasa, mereka hanya menganggap ini hanya mimpi dan
berharap suatu hari mereka akan menikmati kebebasan ini tapi bukan di dunia,
yaitu di Syurga impian.
Diriwayat oleh Sayyidina Ali : Taatilah hak-hak Allah dan hak-hak
orang lain dan ajaklah keluarga dan teman-temanmuserta rakyat-rakyatmu untuk
melakukan hal yang sama. Dan bila yang terjadi sebaliknya, maka kau sudah
berbuat zalim, pada dirimu sendiri juga pada kemanusiaan. Pada saat itu,bukan
hanya manusia, tapi juga Allah akan menjadi musuhmu. Siapa yang bagi Allah
menjadi musuh, maka dia akan jatuh. Sampai akhirnya ia merasakan dosanya begitu
dalam dan memohon dengan sangat ampunan dari-Nya.
Tidak ada yang boleh mengubah nikmat Allah dan
mempercepat azab-Nya selain tidakan zalim. Sungguh Allah mendengar doa
orang-orang yang terzalimi dan Dia maha Mengawasi orang-orang yang berbuat
zalim.
Mengikut pandangan mata saya, inilah apa yang
diperjuangkan oleh pejuang-pejuang di Patani. Demi sebuah arti yang digelar
‘kebebasan’ ini mereka rela mengorbankan harta dan nyawa. Walaupun nama-nama
beliau tidak tercatat dimata dunia, walaupun nama mereka tidak disebut-sebut,
dan walaupun kubur mereka tidak kelihatan tapi segala budi dan pengabdiannya
pada agama itu disanjung oleh Allah dan mereka di tempatkan di tempat yang
terhormat iaitu Syurga Firdaus yang abadi.
Wahai pejuang pembela agama! Demi Tuhan yang engkau imani,
demi Nabi yang engkau muliakan, demi kitab suci yang di ikuti, demi
rakyat yang engkau lindungi. Kami disini yakin! Yakin! Yakin! Dan
seyakin-yakinnya bahawa perjuanganmu tidak akan sia-sia, tidak akan terputus
dengan pemergianmu, kerana masih ramai pemuda yang menjerit kelaparan akan
kebebasan yang sedang menyambung langkah-langkahmu sekarang ini.
Wahai penjajah sampah dunia! Dan atas nama Tuhan kau
berlagak seperti Tuhan, kau runtuhkan azam pemuda kami, kau musnah fikiran kami,
kau rogol anak gadis kami, kau bunuh abang kami, kau tangkap bapa kami.
Dengan tegas kami berkata. Kau akan takut! Takut! Takut! Setakutnya kerana,
para Pemuda Patani tumbuh sebelum patah, berganti sebelum hilang!!.



assalamualaikum sreen.... hak asasi masyarakat di petani.. penulisan ini membuka mata saya tentang keadaan masayarakat islam di luar sana terutama di selatan thailand.. namun ape yang menjadi persoalan saya ialah kenapa kerjaan thailand bertindak demikian. boleh sreen ceritakan serba sedikit..heehe tq sreen comey :)
BalasPadam